Thursday 29 November 2012

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DST TAHUN 3

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DST TAHUN 3



Contoh Rancangan Mengajar Harian
Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3
(Dipetik dari Kursus Sains 2012 Kumpulan 3 Hilir Perak)

Matapelajaran           :  Dunia Sains Dan Teknologi
Kelas                   :  3 Bestari
Masa                   :  8. 10 – 9.10 a.m.
Tema                   :  Sains Hayat   
Standard Pembelajaran  : 3.1.1
Objektif  Pembelajaran : Pada akhir P&P, murid dapat:  
1.   Mengenal pasti litupan badan haiwan iaitu bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, bersisik.
2.  Mengenal pasti anggota badan haiwan iaitu berkaki,
bersayap, berekor, bertanduk, berparuh, berkuku tajam.
EMK  : Kreativiti, nilai murni.
BBB : Carta gambar, slaid show
Penilaian P&P: Lembaran Kerja                                                                                                     
FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1.   Persediaan

(5 minit)

Pemerhatian dan analisis

1. Guru menunjukkan seekor kucing yang bernyawa kepada murid-murid.

2. Murid-murid menyentuh tubuh badan kucing tersebut dan memerhatikan ciri luaran kucing.

3. Guru bersoal jawab murid-murid  tentang haiwan tersebut.

1. Apakah nama haiwan yang anda sedang sentuh?

2. Apakah yang anda dapati semasa menyentuh haiwan tersebut?

3. Adakah sentuhan itu sama semasa menyentuh kulit anda?

4. Berapakah bilangan kaki yang terdapat pada haiwan tersebut?

2.   Imaginasi

(20 minit)

Penjanaan Idea

Sintesis Idea


1. Guru bersoal jawab murid dengan mengimbas kembali pengetahuan sedia ada.

2. Murid menyenaraikan liputan badan dan anggota badan haiwan.

3. Guru bersoal jawab dengan murid.

4. Guru menunjukkan beberapa jenis gambar haiwan.

5. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang dipaparkan dalam skrin dan memberi penerangan tentang
ciri-ciri haiwan.

1. Namakan haiwan yang:
a. bercangkerang
b. berbulu
c. berbulu pelepah
d. bersisik
e. berkaki dan tidak  berkaki
f. berkuku tajam




2. Namakan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang berikut:
a. kambing
b. ayam
c. ikan
d. siput

3.  Perkembangan

(30 minit)


















1. Murid dibahagikan kepada empat  kumpulan.

2. Setiap kumpulan diedarkan dengan 3 jenis gambar haiwan.

3. Murid diminta untuk melebelkan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan dalam gambar yang diberi.

4. Murid diminta membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

5. Guru menyemak dan membetulkan jawapan murid.

6. Guru menjalankan pentaksiran terhadap murid.

7. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

8. Murid diminta membuat lembaran kerja tersebut


B1D2E1 / B1D2E2



















B3D1E2 (mengelaskan)
4.  Tindakan 
(5 minit)

Pelaksanaan Amalan
Berterusan


1. Guru menunjukkan beberapa liputan badan dan anggota badan haiwan melalui power point.
2. Murid diminta menamakan bahagian yang ditunjukkan.













Bahagian Tubuh Badan Haiwan


Bahagian badan haiwan (sumber daripada  Goh Hooi Ling)
 

No comments:

Post a Comment