Friday, 30 November 2012

MARI MENYANYI LAGU ULAT JADI KEPOMPONG





KITAR HIDUP RAMA – RAMA
Tahukah kamu?
Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan?
INFO SANTAI :
  • Rama-rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.
  • Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.
  • Setiap peringkat adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.

 
Peringkat 1 : Telur



  • Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.
  • Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.
  • Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.  Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva


  •  Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.
  • Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
  • Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.
  • Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

Peringkat 3 : Kepompong / Pupa
 

  • Pada tahap ini transformasi akan berlaku.
  • Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.
  • Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong.
  • Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.

Peringkat 4 : Rama-rama
 
         

  • Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik
  •    Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.
  •        Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan    berlaku.





1 comment:

  1. Terima kasih kerana banyak info yang saya dapat. Secara keseluruhan persembahan menarik dan bermanfaat.

    ReplyDelete