Thursday 22 November 2012

KEMAHIRAN PROSES SAINS



KEMAHIRAN PROSES SAINS TAHUN 3

LATAR BELAKANG
Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Penerapan ketiga-tiga komponen ini tidak dijalankan secara berasingan tetapi ianya haruslah dijalankan secara beriringan. Kurikulum Sains KSSR memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pengoperasian kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) merupakan satu pendekatan pedagogi dalam menimbulkan minat dan keseronokan murid untuk terlibat secara aktif dalam proses p&p. Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan dalam amalan p&p iaitu dari pendekatan yang berorientasikan“memberitahu” kepada pendekatan berorientasikan proses. Perubahan ini membolehkan murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan melalui proses yang mereka lalui. Cabaran utama yang perlu ditangani oleh guru dalam merealisasikan hasrat ini adalah kefahaman dan keupayaan guru itu sendiri untuk menyampai dan mengintegrasikan kemahiran proses sains dalam p&p secara berkesan. Berdasarkan kajian, didapati tahap pelaksanaan proses sains oleh guru berada pada tahap rendah. Ramai guru sains kurang bersedia menerapkan kemahiran proses sains ini semasa p&p. Pihak KPM berpendapat sekiranya kemahiran ini tidak ditulis secara tersurat dalam standard pembelajaran, maka masalah ini akan berterusan. Keadaan sedemikian boleh mewujudkan satu jurang di
antara hasrat kurikulum dengan pelaksanaan p&p di bilik darjah. Dokumen standard kurikulum sains (DSK) mengandungi Tema Pengenalan kepada Sains yang memberi penekanan kepada murid untuk menguasai setiap kemahiran proses sains secara eksplisit. Oleh kerana setiap kemahiran proses sains ini dijadikan standard pembelajaran maka ianya mesti dikuasai oleh setiap murid. Modul Kemahiran Proses Sains merupakan satu usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu guru sains dalam merealisasikan hasrat yang tersurat dalam DSK sains. Modul ini juga memberi penjelasan tentang kemahiran proses sains untuk dijadikan panduan dalam merangka dan melaksanakan p&p sains yang berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains. Modul Kemahiran Proses Sains bagi Tahun 3 ini merangkumi semua kemahiran proses sains seperti yang tersurat di dalam Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahun 3 iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi.

MATLAMAT
Modul ini digubal dengan tujuan untuk membantu guru dalam menerapkan
kemahiran proses sains dengan lebih berkesan supaya murid boleh menguasainya.
OBJEKTIF
Selepas menggunakan modul ini, guru dapat:
·        Memahami pengertian setiap kemahiran proses sains.
·        Mengetahui ciri-ciri bagi setiap kemahiran proses sains
·        Merangka strategi p&p yang berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains dengan yakin supaya murid sedar kemahiran yang sedang dikuasai.
Selepas menjalankan aktiviti yang terdapat dalam modul ini, murid dapat:
  •  Menguasai kemahiran proses sains.
  • Menyedari proses yang berlaku semasa mereka menjalankan kemahiran proses sains.
  • Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman mereka terhadap kemahiran proses sains yang mereka jalankan.
  • Mengaplikasi pengetahuan kemahiran proses sains dalam situasi baru.
KANDUNGAN
Modul ini telah dibangunkan mengikut setiap kemahiran proses sains. Dalam setiap kemahiran proses sains, penulisan modul ini disusun mengikut format berikut:
·        Petunjuk
ü     Dalam bahagian ini, dinyatakan ciri-ciri yang menentukan kemahiran proses itu dialami dan dicapai oleh murid. Ia juga menjadi panduan kepada guru untuk melihat sama ada mereka menjalankan kemahiran yang dihasratkan dengan betul.
 ·        Pelaksanaan
ü    Dalam bahagian ini, disediakan contoh rancangan pengajaran yang terperinci sebagai panduan untuk guru melaksanakan p&p bagi mencapai sesuatu kemahiran proses sains. Ini membantu guru menyediakan rancangan pengajaran harian mereka. Ia juga sebagai panduan untuk guru merangka strategi p&p lain yang berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains.
·        Lembaran
ü     Dalam bahagian ini, Lembaran Penyiasatan dan Lembaran Kerja disediakan. Lembaran Penyiasatan digunakan oleh murid semasa menjalankan eksperimen atau aktiviti. Lembaran Kerja disediakan untuk murid memantapkan dan menguji kefahaman mereka terhadap kemahiran proses sains yang diterapkan. Kedua-dua jenis lembaran ini boleh digunakan sebagai instrumen untuk menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah kerana ianya dibina berdasarkan standard pembelajaran yang terdapat di dalam dokumen standard kurikulum.

·        Penilaian Kendiri
ü    Dalam bahagian ini, satu pernyataan dikemukakan bagi membuat rumusan tentang apa yang telah murid pelajari. Ia juga merupakan refleksi kepada murid tentang pembelajaran mereka pada hari itu.

ü     Di akhir aktiviti yang dijalankan, murid sedar kemahiran proses sains yang mereka jalankan dan boleh membuat penilaian kendiri tentang pembelajaran mereka pada hari itu.

·        Penilaian Kerja Amali
ü   Dalam bahagian ini, disediakan konstruk penilaian PEKA untuk tujuan penilaian PEKA secara serentak selepas satu-satu kemahiran proses sains itu diajar. Ini dapat membantu guru dalam menjalankan PEKA.

KEMAHIRAN PROSES SAINS


MEMERHATI
 

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.


PETUNJUK
  
  •  Menggunakan pelbagai deria dengan berkesan.
  • Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
  •  Mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
  • Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan.
  •  Memperihal perubahan yang berlaku.
  • Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.
  •  Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.
PELAKSANAAN


Tajuk :Siput Yang Cantik
Bahan Bantu belajar : Beberapa ekor siput babi, kotak tisu
Langkah-langkah :
1. Guru meletakkan seekor siput babi di dalam kotak tisu.
2. Guru meminta murid menyentuh, menghidu dan mendengar objek
   di dalam kotak tisu.
3. Murid diminta memerihalkan ciri objek dalam kotak tisu.
   (contoh jawapan : keras, lembut, licin, tiada bau, busuk, hanyir,       tiada bunyi)
   Guru bertanya soalan:
   Apakah nama haiwan ini ? (siput)
4. Guru mempamerkan objek dalam kotak tisu.
5. Setiap kumpulan murid diberi seekor siput babi.
6.  Murid dikehendaki menggunakan deria penglihatan dan sentuhan
    bagi menyatakan ciri siput. Guru bertanya soalan.
ü Cuba anda perhatikan siput ini dan nyatakan ciri-cirinya.
ü Sekarang cuba sentuh cengkerang, bahagian badan dan kepala siput babi, apakah yang dapat kamu rasakan?
ü Cuba kamu perhatikan, apakah tindakbalas siput apabila disentuh?
7. Guru meminta murid membuat perbincangan dan merekodkan hasil  
   pemerhatian mereka dalam lembaran kerja yang disediakan.
  Guru memberi arahan:
ü Bincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti ciri-ciri siput babi.
ü Hasil perbincangan tandakan ( / ) yang terdapat dalam Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 yang disediakan.
8. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang deria yang  
   digunakan sepanjang proses pemerhatian dilakukan.
   Guru bertanya soalan:
ü           Apakah deria yang kamu gunakan sepanjang proses pemerhatian         
    dilakukan.



Lembaran Kerja 1 (k2, k3)
 


Tajuk : Siput Yang Cantik
Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan ciri – ciri luaran            bagi siput babi.

Bil
Ciri Siput Babi
Ya
Tidak
1
Mempunyai kaki


2
Berbau busuk


3
Mempunyai sesungut


4
Mempunyai mata


5
Mempunyai mata


6
Cengkerang yang licin


7
Mempunyai cangkerang


8
Mengeluarkan bunyi apabila disentuh



Saya telah membuat pemerhatian dengan menggunakan :
                Mata untuk melihat
                Hidung untuk menghidu
                Telinga untuk mendengar
                Lidah untuk merasa
                Kulit untuk sentuhan
 


Lembaran Kerja 2 (k2,k3)
 


Tajuk : Ciri-ciri Siput Babi
Arahan : Gariskan jawapan yang betul.
1. Siput babi mempunyai cangkerang yang ( lembut/keras)
2. Badan siput babi (lembut/keras)
3. Apabila disentuh, badan siput babi akan bergerak (masuk ke dalam
   cangkerang/ keluar dari cangkerang / tiada gerak balas).
4. Apabila disentuh, (tidak/akan) mengeluarkan bunyi.
  Saya telah membuat pemerhatian dengan menggunakan :
                Mata untuk melihat
                Hidung untuk menghidu
                Telinga untuk mendengar
                Lidah untuk merasa
                Kulit untuk sentuhan
  


22 comments:

  1. Thank you for sharing! Nice and neat blog!

    ReplyDelete
  2. blog yg penuh dengan informasi..tahniah cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Pertama kali buat blog. Banyak lagi yang kena belajar

      Delete
  3. nice blog, thanks for your sharing..

    ReplyDelete
  4. Syabas, blog cikgu penuh dengan maklumat yang berguna kepada saya dan murid-murid! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Yang baik sama-samalah kita kongsikan..

      Delete
  5. Terima kasih. Banyak lagi yang saya perlu pelajari..

    ReplyDelete
  6. Tahniah!! Blog yg menarik..informasi yg berguna untuk dikongsi

    ReplyDelete
  7. Kita sejiwa lagu yg kuminat.. Apa2 pun terima kasih kerana perkongsian ilmu. tahniah blog yg ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ye ke.. rasanya lagu ni tenang jiwa bila dengarnya..

      Delete
  8. tahniah,kerana berjaya menghasilkan blog yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ani, jenuh gak nak buat.. tpi msh byk lg kekurangannya..masih dalam pencarian ilmu nak memurnikannya lg..

      Delete
  9. Tahniah. Teruskan mengemaskini blog cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah cikgu, dalam proses mengemaskini.. nak buat tab menu, dah jadi tab menunya tpi xleh berfungsi dengan betul lak..

      Delete
  10. Blog yang bermaklumat. Terus berusaha.

    ReplyDelete